Monday, 12 August 2013

Serangan bom kereta di Iraq ragut 69 jiwa

KESAN LETUPAN: Seorang pekerja Iraq semalam membersihkan kawasan kaki lima di kejiranan Shaab, utara Baghdad, yang turut menjadi serangan bom kereta kelmarin. - Foto AFP

Sasaran dituju kepada golongan sambut Aidilfitri
BAGHDAD: Siri pengeboman kereta di Iraq, yang disasarkan terhadap mereka yang menyambut Hari Raya Aidilfitri, telah meragut 69 jiwa, kelmarin.
Kejadian itu sekali lagi menarik perhatian kepada kegagalan pihak berkuasa Iraq menghentikan keganasan yang semakin meningkat.
Keganasan di serata Iraq semakin meningkat sejak pemerintah melaksanakan tindakan keras terhadap perkhemahan bantahan kaum Sunni April lalu.
Malah, serangan terhadap orang awam dan pasukan keselamatan juga semakin bertambah semasa Ramadan.
Keganasan yang meningkat telah mencetuskan kebimbangan bahawa negara itu mungkin akan melihat satu lagi pusingan keganasan antara kaum serupa dengan keganasan yang hampir mencetuskan perang saudara di Iraq pada 2006 dan 2007.
Pertumpahan darah berlaku setelah pasukan keselamatan Iraq berjanji meningkatkan usaha mengukuhkan keselamatan bagi melindungi orang awam semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Tahun ini, seramai 671 orang terbunuh semasa Ramadan - keganasan paling teruk dilihat dalam bulan itu sejak 2007.
"Tingkap kedai saya dipecahkan dan asap menyelubungi seluruh kawasan. Saya keluar dari kedai dan saya hampir tidak dapat melihat kerana asap tebal...
"Akhirnya kami lalui hari yang sepatutnya baik kerana sambutan Aidilfitri, tetapi ia menjadi teruk," kata seorang pemilik kedai kasut, Encik Saif Mousa, yang terselamat daripada serangan terhadap kedainya di kawasan New Baghdad.
Kebanyakan serangan berlaku selang sejam antara satu sama lain, menandakan adanya penyelarasan bagi serangan-serangan tersebut.
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, walaupun pasukan keselamatan dan orang awam sering menuding jari ke arah cawangan kumpulan Al-Qaeda Iraq.
Amerika Syarikat mengutuk dalang serangan yang berlaku kelmarin sebagai "musuh Islam".
Jabatan Negara Amerika berkata pengeboman kereta yang dilakukan di pasar dan kafe serata Baghdad, selain letupan di tempat-tempat lain, merupakan serangan "pengecut" yang "disasarkan terhadap keluarga yang menyambut (cuti) Aidilfitri".
Dalam satu kenyataan, jurucakap Jabatan Negara Amerika, Cik Jen Psaki, mengatakan bahawa serangan itu serupa dengan pengeboman nekad dan pengeboman kenderaan sebulan setengah lalu yang dilakukan cawangan kumpulan Al-Qaeda Iraq.
Menurut Cik Psaki, kumpulan itu dipimpin Abu Bakr al-Baghdadi dan al-Baghdadi pernah mengaku bertanggungjawab terhadap siri serangan di Iraq sejak 2011, termasuk serangan ke atas penjara Abu Ghraib.
Pihak berkuasa Amerika telah menawarkan ganjaran AS$10 juta ($12.57 juta) bagi maklumat yang membawa kepada tertangkapnya atau pembunuhan al-Baghdadi

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Bacaan ilmu di sini