Saturday 26 October 2013

Ling Liong Sik dibebaskan dari tuduhan menipu



BEBAS DARIPADA SEMUA TUDUHAN: Mantan Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi semalam. - Foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Pengangkutan Malaysia, Tun Dr Ling Liong Sik, semalam dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan menipu kabinet dan kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dalam penghakimannya berkata pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Dr Ling, 70 tahun, yang diperintah membela diri pada 9 Mac tahun lepas, didakwa menipu kerajaan bagi memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, bagi projek PKFZ.
Mantan Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) itu dituduh menipu kabinet dengan menyembunyikan fakta bahawa kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri yang berasaskan RM25 ($9.81) sekaki persegi iaitu RM1.088 bilion ($427 juta).
Ini sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan dalam menentukan nilai itu telah mengambil kira kadar kupon.
Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di antara 25 September dengan 6 November 2002.
Polis memulakan penyiasatan jual beli tanah PKFZ pada awal 2009 apabila Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng, membuat laporan berhubung laporan audit kewangan projek itu.
Kos Projek PKFZ dianggarkan RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997 tetapi kosnya meningkat lebih empat kali ganda iaitu RM4.6 bilion pada 2007.
Datuk Ahmadi berkata Dr Ling tidak seharusnya dipertanggungjawab atas maklumat tidak lengkap yang terkandung dalam nota Kementerian Pengangkutan (MOT).
"Jika ada pun, para pegawai MOT yang melakar dan menyiapkan nota itu harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya," katanya.
Beliau juga menarik perhatian tiada bukti dibentangkan bagi mengenal pasti siapa sebenarnya yang memulakan inisiatif membeli tanah itu, lapor The Star.
"Namun bukti sangat jelas menunjukkan tertuduh bukan orang yang memulakan pembelian tanah itu," tambah beliau.
Mahkamah juga mendapati kenyataan Dr Ling disokong oleh keterangan di mahkamah yang dibuat mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Menteri Kewangan ketika itu.
Dalam keterangannya di mahkamah, Dr Mahathir berkata para pegawai Kementerian Kewangan yang terlibat dalam setiap proses pembelian tanah itu bertanggungjawab mengira kos keseluruhan projek PKFZ.
sumber
SAMBUNG BACAAN...

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Bacaan ilmu di sini