Saturday, 26 October 2013

Ling Liong Sik dibebaskan dari tuduhan menipu



BEBAS DARIPADA SEMUA TUDUHAN: Mantan Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi semalam. - Foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Pengangkutan Malaysia, Tun Dr Ling Liong Sik, semalam dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan menipu kabinet dan kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dalam penghakimannya berkata pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Dr Ling, 70 tahun, yang diperintah membela diri pada 9 Mac tahun lepas, didakwa menipu kerajaan bagi memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, bagi projek PKFZ.
Mantan Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) itu dituduh menipu kabinet dengan menyembunyikan fakta bahawa kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri yang berasaskan RM25 ($9.81) sekaki persegi iaitu RM1.088 bilion ($427 juta).
Ini sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan dalam menentukan nilai itu telah mengambil kira kadar kupon.
Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di antara 25 September dengan 6 November 2002.
Polis memulakan penyiasatan jual beli tanah PKFZ pada awal 2009 apabila Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng, membuat laporan berhubung laporan audit kewangan projek itu.
Kos Projek PKFZ dianggarkan RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997 tetapi kosnya meningkat lebih empat kali ganda iaitu RM4.6 bilion pada 2007.
Datuk Ahmadi berkata Dr Ling tidak seharusnya dipertanggungjawab atas maklumat tidak lengkap yang terkandung dalam nota Kementerian Pengangkutan (MOT).
"Jika ada pun, para pegawai MOT yang melakar dan menyiapkan nota itu harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya," katanya.
Beliau juga menarik perhatian tiada bukti dibentangkan bagi mengenal pasti siapa sebenarnya yang memulakan inisiatif membeli tanah itu, lapor The Star.
"Namun bukti sangat jelas menunjukkan tertuduh bukan orang yang memulakan pembelian tanah itu," tambah beliau.
Mahkamah juga mendapati kenyataan Dr Ling disokong oleh keterangan di mahkamah yang dibuat mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Menteri Kewangan ketika itu.
Dalam keterangannya di mahkamah, Dr Mahathir berkata para pegawai Kementerian Kewangan yang terlibat dalam setiap proses pembelian tanah itu bertanggungjawab mengira kos keseluruhan projek PKFZ.
sumber
SAMBUNG BACAAN...

Sunday, 13 October 2013

3 perompak ditembak mati di KL


BERJAYA DITUMPASKAN: Anggota polis memeriksa seorang daripada tiga penjenayah yang mati ditembak berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR: Kurang empat jam selepas menyamun seorang wanita yang baru mengeluarkan wang di sebuah bank di Klang, tiga penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Plaza Tol Sentul Pasar, petang kelmarin.
Sebelum itu, kesemua suspek yang menaiki sebuah kereta bersama sebuah kereta lain serta sebuah motosikal menyamun mangsa pada 11.30 pagi.
Dalam kejadian itu, mangsa yang baru masuk ke dalam keretanya sejurus keluar dari bank dihalang dua kereta itu di bahagian depan dan belakang kenderaannya.
Seorang penunggang motosikal kemudian berhenti, memecahkan cermin kereta wanita itu dan melarikan wang tunai RM2,000 ($782).
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata berdasarkan maklumat sebuah kereta yang disyaki dipandu rakan suspek berjaya dikesan di Plaza Tol Sentul Pasar, manakala salah sebuah kereta lagi yang terlibat dalam kejadian samun itu sedang bergerak ke lokasi sama.
Katanya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis menjejaki kereta tersebut sebelum memintasnya di plaza tol berkenaan.
"Semasa mengarahkan mereka berhenti dan menyerah diri, ketiga-tiga suspek bertindak agresif dengan melepaskan tembakan ke arah kereta polis. Polis yang membalas tembakan itu berjaya menembak mati ketiga-tiga mereka.
"Beberapa lagi rakan mereka yang dipercayai sedang menunggu di dalam sebuah lagi kereta di lokasi kejadian telah melarikan diri," katanya, lapor Utusan Malaysia.
Pemeriksaan polis menemui sebilah parang dan sepucuk pistol di dalam kereta tersebut.
"Polis kini memburu beberapa lagi rakan suspek yang menaiki sebuah lagi kereta dan motosikal dalam kejadian samun itu. Kita percaya kesemua suspek bergiat aktif dalam jenayah dan terlibat dalam beberapa kes samun terutama di luar bank di Selangor dan ibu negara," tambah Datuk Abdul Rahim.
Mereka dipercayai ada kaitan dengan kes samun luar bank, termasuk yang berlaku beberapa hari lalu yang menyebabkan seorang mangsa kehilangan RM35,000 yang dikeluarkannya untuk majlis korban.
Pemeriksaan lanjut menunjukkan kereta suspek yang mati ditembak dan sebuah lagi di plaza tol berkenaan didaftarkan di atas nama dua lelaki warga Indonesia
SAMBUNG BACAAN...

Sunday, 6 October 2013

Top 5 Real Madrid Transfer Targets January 2014


Real Madrid transfer rumours 2013-2014
Real Madrid ended the 2012-2013 season without any silverware and the unrest in the dressing room has been growing ever since the season started, they finished way behind Barcelona in the La Liga race got humiliated by Dortmund in the Champions League final were beaten by arch city rivals Atletico Madrid in the Copa Del Rey final and now they will be offloading some of the players and of course the biggest change will be the manager Jose Mourinho who is moving to Chelsea most probably.
A new manager who is beleived to be Carlo Ancoloti, will be taking the reigns at Real Madrid and with him will come a few new faces and looking at Carl Ancoloti history of singings here are some of the prime targets he will be after this summer transfer window.
Real Madrid Transfer Targets 2013
Gareth Bale | Tottenham
Perhaps the most talked about transfer of this upcoming season is Gareth Bale’s destination only three clubs are interested in him with tottenham one of them, while Manchester United and Real Madrid are going head to head for yet another top player. Gareth Bale however has hinted about his desire to play abroad and Tottenham are unlikely to sell him to any domestic rival. Bale had a super season with Spurs and since they failed to qualify for the Champions League he would like to move to a club where he can taste the success of Champions League glory and Real Madrid so far looks in the front seat to sign him and they have to now as Barcelona snapped up Naymar.
Marco Verrati | PSG
If Carlo Ancoloti comes in as new manager of Real Madrid one of the players is most likely to follow him from Paris Saint Germain is Marco Verrati, who has a very good season at Paris Saint Germain. Although PSG have hinted that they wont be seeling Verrati but that can change if player would like to move. He is just 5’5 and has been on top of this game last season, he can pass and can boos the midfield but his discipline record is not good as he has taken 10 yellow cards in last season.
Isco | Malaga
Another good player who had a excelent season with Malaga, helping them to the quarter finals of the Champions League and almost made it to the semifinal only for the 2 crazy minutes at end of 2nd leg although that was not his fault. “new Andrea Iniesta” they call him and he has the eye for that killer pass, can dribble and has good work ethic he is a kind of player which would definately suit Real Madrid. Price range: £25 million mark.
Geoffrey Kondogbia | Sevilla
Another young player who plays in this holding midfield role and although Real Madrid have couple of very good and consistant players for this position with Xabi Alonso and Sami Kadira, he will be a welcome adition to the squad as experts compare him with the likes of Partic Viara and Yaya Toure. Moreover he has hinted that he would like to play for Real Madrid one day. Price Range €15 and €20 Millions

CONTINUE READING,,,

Busuk.com

Bacaan ilmu di sini