Gambar hiasan Detective Conan
Seorang isteri ingin
menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh
anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang
bekerja di site.
Selepes si anak membuat panggilan, si anak
memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon.
Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga
yang menjawab.
Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan
suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri
membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.
Habis
berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu.
Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan
oleh perempuan di talian tadi.
Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".
No comments:
Post a Comment